Sabah State Government To Take Full Control Of SESB From TNB

(Kerajaan Negeri Sabah Akan Mengambil Kawalan Penuh SESB Daripada TNB)

Introduction

In January this year, it was announced that the Federal Cabinet had agreed to start the process of returning the ownership of Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) to the Sabah government. It has been 22 years since Sabah surrendered its power over the company to Tenaga Nasional Berhad (TNB). Currently, the main stakeholders of SESB are TNB (80%) and Sabah State Government (20%). It is expected that a fully state-owned SESB will be in a better position to understand the power supply needs of both the public and industries and economic development in Sabah.

Pengenalan

Pada Januari tahun ini, Kabinet Persekutuan telah mengumumkan persetujuan untuk memulakan proses mengembalikan hak milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan Sabah. Sabah telah menyerahkan kuasanya kepada syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak 22 tahun lalu. Pada masa ini, pemegang kepentingan utama SESB ialah TNB (80%) dan Kerajaan Negeri Sabah (20%). Dijangkakan bahawa sekiranya SESB adalah milik penuh kerajaan, ia akan berada dalam kedudukan yang lebih baik kerana kerajaan Sabah lebih memahami akan keperluan bekalan elektrik bagi kedua-dua pihak sama ada orang ramai mahupun sektor industri dan keperluan pembangunan ekonomi di Sabah.

QUESTION 1

Should the Sabah State Government proceed to take full control of SESB from TNB?

Soalan 1: Perlukah Kerajaan Negeri Sabah mengambil alih sepenuhnya SESB daripada TNB?