“New Normal” – Conditional Movement Control Order, PKPB, and Level 6 Movement Control Order 

(“Normal Baharu” – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB, Dan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 6)

Introduction

The Federal Government’s decision to open up most sectors of the economy will be implemented guided by guidelines on healthcare and strict movement control. This is an initial step in assisting the economic sectors affected by the restrictions imposed on many activities of manufacturing enterprises and businesses during the period of the movement control order in force in Malaysia. Despite achieving positive developments in combating the COVID-19 epidemic, specific measures need to be implemented to ensure that the spread of this epidemic can be curbed more effectively.

Therefore, on the advice of the Ministry of Health Malaysia (MOH) and the National Security Council (NSC) the government agreed to extend the PKPB until June 9, 2020. In the context of Sabah, after the expiration of the Movement Control Order (PKP) level five (5) which ended on 12 May 2020, the State Government has decided to extend PKP level six (6) until 9 June 2020. In line with this decision, the government has allowed the re-operation of all State Government Ministries and Departments, Agencies, and State Statutory Bodies as well as Local Authorities. came into effect on 13 May 2020.

However, this matter must be subject to the Standard Operating Procedures (SOP) from the Ministry of Health Malaysia (MOH) and the Sabah Public Service Department. Apart from allowing the activities/activities of small and medium enterprises, almost all economic sectors have also started operating (PKP level five (5) such as the retail and food sector, public transport, and healthy recreation in public parks.

Pengenalan

Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk membuka kebanyakkan sektor ekonomi akan dilaksanakan berpandukan kepada garis panduan mengenai penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat. Ini merupakan langkah permulaan dalam membantu sektor ekonomi yang terjejas akibat daripada sekatan yang dibuat terhadap kebanyakkan aktiviti perusahaan perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa di Malaysia.

Walaupun mencapai perkembangan yang positif dalam memerangi wabak COVID-19, langkah-langkah khusus perlu dilaksanakan bagi memastikan penularan wabak ini dapat dibendung dengan lebih berkesan. Oleh yang demikian, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB sehingga 9 Jun 2020. Di dalam konteks Sabah, setelah tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap lima (5) yang berakhir pada 12 Mei 2020, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melanjutkan PKP tahap enam (6) sehingga 9 Jun 2020. Selaras dengan keputusan ini, kerajaan telah membenarkan pengoperasian semula semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan Negeri, Agensi, dan Badan Berkanun Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan yang telah berkuatkuasa pada 13 Mei 2020.

Namun demikian perkara ini haruslah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Selain daripada membenarkan kegiatan/aktiviti perusahaan kecil dan sederhana, hampir kesemua sektor ekonomi juga telah mula beroperasi (PKP tahap lima (5) seperti sektor peruncitan dan makanan, pengangkutan awam, dan rekreasi kesihatan di taman awam.

QUESTION 1

Has the government reopened the economy too soon with the COVID-19 coronavirus not fully contained yet?

Soalan 1: Adakah masih terlalu awal untuk kerajaan membuka semula hampir kesemua sektor ekonomi disebalik penularan wabak COVID-19 yang sehingga kini masih belum dapat dibendung sepenuhnya?

QUESTION 2

With the economy and businesses reopening, how confident are you with your daily activities in the ‘new normal’?

Soalan 2: Dengan pembukaan semula hampir kesemua sektor ekonomi, sejauh manakah keyakinan anda dalam menjalani aktiviti harian di dalam ‘normal baharu’?