51% Bumiputera Equity On Freight Forwarders
(51% Pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Syarikat Penghantaran Barang)
Introduction
The Ministry of International Trade Industries (MITI) has revised the Bumiputera equity requirements to freight forwarding companies to 51% effective 31 December 2021, while the exemption for IILS remains. Local freight forwarding associations and companies are in disagreement with the new revision as it would favour foreign-owned IILS companies and stifle the growth and capacity of local companies. They also opined that there may not be sufficient Bumiputera players willing to take up 51% equity in the companies, and the requirement would breach the current agreement local freight forwarders had with foreign principals. There are also concerns that the original local owners of the companies would lose control of their business.
The current criteria for freight forwarding companies to renew a customs license are below:
• Original Customs License granted before 1976 – no Bumiputera equity is required.
• Original Customs License granted between 1977 and 1990 – 30% Bumiputera equity is required.
• Original Customs License granted after 1990 – 51% Bumiputera equity is required.
• Foreign-owned international integrated logistics services (IILS) – exempted from Bumiputera equity requirements.
Pengenalan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyemak semula syarat pemilikan ekuiti Bumiputera terhadap syarikat penghantaran barang kepada 51% berkuatkuasa pada 31 Disember 2021, sementara pengecualian untuk IILS masih kekal. Persatuan dan syarikat penghantaran barang tempatan tidak bersetuju dengan semakan baru tersebut kerana ianya akan menguntungkan syarikat IILS milik asing dan menyekat pertumbuhan dan keupayaan syarikat tempatan. Mereka juga berpendapat kemungkinan tidak ramai atau kurang individu atau syarikat Bumiputera yang layak dan mampu untuk membeli 51% ekuiti di dalam syarikat-syarikat tersebut, dan syarat itu akan melanggar perjanjian yang telah dimeterai oleh syarikat penghantaran barang tempatan dengan prinsipal asing. Selain itu, timbul juga kebimbangan bahawa pemilik asal syarikat tempatan tersebut akan kehilangan kawalan ke atas perniagaan mereka.
Kriteria semasa untuk memperbaharui lesen kastam bagi syarikat-syarikat penghantaran barang adalah seperti berikut:
• Lesen kastam yang diberikan sebelum tahun 1976 – tidak mensyaratkan pemilikan ekuiti Bumiputera.
• Lesen kastam yang diberikan antara tahun 1977 dan 1990 – mensyaratkan 30% pemilikan ekuiti Bumiputera.
• Lesen kastam yang diberikan selepas tahun 1990 – mensyaratkan 51% pemilikan ekuiti Bumiputera.
• Perkhidmatan Logistik Bersepadu Antarabangsa (IILS) milik asing – dikecualikan daripada syarat pemilikan ekuiti Bumiputera.
QUESTION 1
In your opinion, will this new policy have any impact towards the current industry players?
Soalan 1: Pada pendapat anda, adakah dasar baru ini akan memberi kesan kepada pemain industri sedia ada
QUESTION 2
In your opinion, would the Bumiputera masses benefit from this new policy?
Soalan 2: Pada pendapat anda, adakah Bumiputera akan mendapat manfaat daripada dasar baru ini?
QUESTION 3
In your opinion, will this new policy help Malaysia to compete in the global economy?
Soalan 3: Pada pendapat anda, adakah dasar baru ini akan membantu Malaysia bersaing dalam ekonomi global?
NOTE: The Objective of the poll is to capture public opinions and sentiments on a wide range of current issues facing Sabah; publish the results of the poll online; and share with the public and government the prevailing sentiments in the State. Respondents may choose to participate in the poll anonymously or enter their email address at the end of the poll.
Copyright © 2019 Institute For Development Studies, SABAH.